Showing posts with label rawatan. Show all posts
Showing posts with label rawatan. Show all posts

Monday, 28 September 2015

RESDUNG

Apa itu Resdung?

Resdung ialah keradangan yang berlaku pada rongga sinus. Sinus diselaputi dengan mukrosa. Sebarang lendir yang terhasil dari rongga sinus ini akan disalirkan ke hidung. Keadaan ini menyebabkan selaput mukrosa pada hidung dan sinus membengkak, Yang  menghalang aliran keluar lendir.  Lendir yang tersumbat dalam rongga sinus ini mendedahkan sinus kepada  jangkitan dan menyebabkan kesakitan pada muka, penghasilan nanah dan bermacam2 lagi gejala resdung seperti di bawah. 


Tanda-Tanda Resdung 

Gejala atau tanda-tanda resdung termasuk sakit kepala, hidung tersumbat, dan keradangan sinus (rongga hidung).

Sakit: di belakang mata, telinga, muka, dahi, hidung dan rongga hidung
Batuk: batuk yang teruk dan berpanjangan
Hidung: tersumbat, gatal-gatal, hidung berair, hingus/cecair mengalir melaui tekak, atau bersin
Deria: kehilangan bau, Nafas berbau
Tidur: kesukaran tidur atau berdengkur
KepalaKulit kepala berkelumumur, gatal dan rambut gugur, Sering berasa sakit kepala, pening dan migrain
Seluruh badan: keletihan, demam, atau kelesuan
Tekak: kerengsaan atau kesakitan yang berpanjangan dan berulang
Muka: bengkak atau ketegangan, jerawat
Sesetengah orang mungkin juga mengalami: radang telinga, cepat marah, pernafasan berbau, berkahak, atau nanah


Rawatan Resdung Paling Selamat dan Berkesan



Di Al ansar Health, rawatan resdung yang diguna pakai adalah TERAPI BUANG LENDIR. ini kerana punca berlakunya tanda-tanda di atas adalah daripada lendir yang berada di dalam rongga sinus yang telah mengalami jangkitan. 

Apa yang perlu anda faham tentang resdung?

      Terapi resdung hanya untuk pemulihan luaran, kita juga perlu meneliti kenapa berlaku simpton spt gatal muka, gatal mata, kerap bersin, selsema berpanjangan, sakit kepala dan sebagainya.
      Ianya disebabkan tubuh kita berada dalam zon lemah atau sakit, atau sistem pertahanan tubuh telah lemah. Jadi yang terbaik kita kena kuatkan balik antibodi atau imuniti sistem tubuh supaya tubuh kita mampu bertahan jika berlaku keradangan, jangkitan, alahan atau perubahan cuaca. 

Rawatan Resdung Terbaik


      Perlu membuat terapi / rawatan untuk mengeluarkan lendir yang bermasalah dari rongga hidung.
      Amalkan supplement ( untuk bina kekuatan dalaman)
      Pewangi + pencuci telinga (untuk masalah telinga gatal dan hidung tersumbat)

SUPPLEMENT YANG DICADANGKAN SELEPAS TERAPI  RESDUNG


keterangan produk 

·         MANNA
·         SEMA
·         SEMALU
·         SIMPAAL
·         AURA SPRAY
·         JUS BILBERY
·         SABUN RESDUNG

Rawatan Tambahan TERAPI MATA PERCUMA 


Pengakuan ibu bapa anak yang mengalami resdung teruk dan anak yang telah lama menderita sakit mata !




Jom selesaikan masalah Resdung anda hari ini!!!
dapatkan Rawatan Buang Lendir Resdung di Al Ansar Health Cawangan Terengganu.
Beribu-ribu pelanggan telah berpuas hati dengan perkhidmatan kami.
Hubungi : Al Ansar Health Cawangan  TerengganuDataran Austin Wakaf Tembesusebelah Mydin Mall Gong BadakMasuk lorong Muaz dan Hari-Hari
Tel : 09 667 1650 / 019 934 6911


Thursday, 24 September 2015

One Day Seminar on Natural Healthcare & Healing on Diabetes & Cardiovascular Diseases

SEMINAR KESIHATAN

Pada 2 Ogos 2015, satu seminar Diabetes Mellitus dan Penyakit Kardiovaskular telah diadakan di AK Center of Human Excellence, Kuala Lumpur, Malaysia. Program ini telah dianjurkan oleh Persatuan Pengamal Perubatan Asli (MANMP) dan disokong oleh Jabatan Penyelidikan & Kajian, AK Pharmacy & Naturopathy Center dan Al Ansar Health Sdn. Bhd.

Seminar ini telah diadakan bagi memberi kesedaran kepada orang awam tentang Penyakit kencing Manis dan penyakit kardiovaskular dan bagaimanakah  pencegahan dan penyembuhan penyakit ini secara semulajadi.

Peserta Termasuk Doktor

Pemimpin kursus dan tetamu kehormat bagi seminar ini adalah presiden Prof Dr Ananthan Krishnan daripada MANMP. Lebih daripada 60 orang telah menghadiri seminar ini dari bahagian yang berlainan di Malaysia dan di antara mereka terdapat beberapa orang doktor allopathic dan naturopaths, pengamal perubatan alternatif, jururawat, ahli terapi dan orang awam.
( Al Ansar Health menghantar wakil seramai 4 orang )

Dalam seminar itu Prof  Dr Ananthan Krishnan menyifatkan kelemahan sistem perubatan konvensional untuk mencegah dan menyembuhkan penyakit.  Beliau turut menyampaikan garis panduan dan protokol dalam pengurusan kencing manis selepas lebih daripada 10 tahun hasil penyelidikan mengenai perubatan semulajadi dan beliau turut melaporkan beberapa hasil kajian kes mengenai pesakit kencing manis yang telah sembuh dengan mengamalkan suplemen HAMNF.

Perubatan Semulajadi



Prof AK menerangkan perubatan alternatif semulajadi dan terapi integratif dalam menangani Masalah Kencing Manis.
Prof Dr Ananthan Krishnan menyebut bahawa manusia tidak boleh sembuh dan penyakit itu tidak boleh diuruskan dengan baik sekiranya kita hanya dengan memberi tumpuan kepada penyakit.
Beliau menambah bahawa perubatan allopathic konvensional hanya memberi tumpuan kepada penyakit dan bukannya penyembuhan manusia secara keseluruhan, dan itu adalah sebab kegagalan sistem ini dalam menangani pencegahan dan pengurusan penyakit Kencing Manis.


Dalam masa pelancaran, pameran kecil telah diadakan untuk membentangkan sebahagian daripada kajian yang dilakukan oleh Prof. AK dan pasukan penyelidikan, dan untuk memperkenalkan buku-buku yang penting mengenai perubatan alternatif dan semula jadi.

Mitos Tentang Kolestrol

Sesi ini telah diteruskan oleh gambaran keseluruhan mengenai penyakit kardiovaskular dan menyifatkan mitos tentang kolesterol dengan mendedahkan anggapan yang salah bahawa kolesterol menyebabkan penyakit jantung; dan mengkaji cerita kes pesakit jantung yang telah didengar oleh HAMNF dan pengenalan kepada proaktif dan forecaring penjagaan kesihatan untuk mencegah kelemahan dan penyakit oleh Prof. Dr. Ananthan Krishnan. Di akhir seminar Prof AK menjawab kepada semua soalan-soalan daripada para peserta.


Pada akhir sesi Dato Sri Santana Kumar memberi ucapan ringkas mengenai kemajuan dalam penyelidikan dan pembangunan ubat-ubatan alternatif semula jadi untuk Demam Denggi.

Creadit to : (rakan strategik Al Ansar Health Sdn, Bhd)
Jabatan Penyelidikan,
AK Pharmacy & Naturopathy Center