Friday, 25 September 2015

Tips Selepas Makan Daging

Alhamdulillah... tahun ini masih berkesempatan utk bersama-sama meraikan hari Raya Korban. Sudah tentu jemputan aqiqah, kenduri kahwin, malah masakan sendiri tidak terlepas dari membuat masakan berasaskan daging. 




Daging kambing maupun daging lembu merupakan sumber protein haiwan yang cukup baik. Protein daripada daging ini kita perlukan untuk pembentukan hormon, enzim, protein darah dan juga untuk mengganti dan memperbaiki sel yang rosak.

Namun, selain daging, kita juga makan organ dalamnya seperti hati, otak, paru, usus, limpa. Organ ini mengandungi purin yang boleh meningkatkan kadar asid urik kita. Ini yang akan menjadi masalah. Daging yang berasal dari kambing dan lembu memang banyak mengandungi lemak tepu yang boleh meningkatkan kadar kolesterol darah.

Selain itu, biasanya daging tersebut dibuat gulai dengan menggunakan santan dan kadar garam yang tinggi. Hal ini yang akan menjadi masalah buat sebahagian orang.

Kesan langsung boleh saja terjadi sembelit selepas makan daging yang berlebihan. Jika dimakan berlebihan menjelang tidur maka akan merangsang terjadinya gangguan tidur.

Organ dalaman dari kambing atau lembu selain meningkatkan kadar asid urik malah juga boleh meningkatkan kadar kadar asid urik darah kita. Oleh kerana itu juga jangan diambil secara berlebihan.


Oleh kerana itu bagi pesakit yang memang pesakit hipertensi (darah tinggi), kadar kolesterol darah tinggi (dislipidemia), kadar asid urik darahnya tinggi (hiperuresemia), gout, pesakit kencing manis dan kegemukan, harus sangat hati-hati dalam mengambil daging kambing atau lembu selama masa hari raya korban. Kerana, pengambilan daging yang berlebihan dalam masa singkat boleh memburukkan keadaan sakitnya.


Tips Selepas Makan Daging 


Ada beberapa tips agar kita terhindar daripada masalah kesihatan apabila memakan daging korban:
makan banyak sayur dan buah


1. Imbangi banyak makan buah dan sayur untuk mengurangkan kesan sampingan dari makan daging berlebihan.

2. Sebaiknya daging dipanggang atau dibuat sup berbanding dibuat gulai
Minum  Air Cypress Al Ansar
 Untuk Meneuralkan
Asid Urik dalam Badan. 

3. Makan daging kambing atau lembu jangan berlebihan dalam masa singkat.

4. Usahakan jangan makan daging selewat-lewatnya 2 jam sebelum tidur.

5. Kurangkan makan berlemak lain seperti pengambilan coklat dan keju selama sedang mengambil banyak makan daging.

6. Sebaiknya sehabis makan dengan daging kambing atau lembu tidak mengambil minuman berkalori tinggi seperti teh manis atau sirap.

7. Minum air  yang cukup 8-10 gelas sehari untuk mencegah sembelit.

8. Tetap melakukan senaman  ringan semasa Hari  Raya Korban. 

9. Minum Air Cypress Al Ansar segelas sehari untuk detox dan menuetralkan asid dalam tubuh. 

Untuk Sebarang Info dan Konsultansi hubungi :
Al Ansar Health Terengganu
Dataran Austin
Sebelah Mydin Mall Gong Badak,
(masuk melalui lorong Muaz dan hari2)

Tel : 09-667 1650 / 019 934 6911