Monday, 28 September 2015

RESDUNG

Apa itu Resdung?

Resdung ialah keradangan yang berlaku pada rongga sinus. Sinus diselaputi dengan mukrosa. Sebarang lendir yang terhasil dari rongga sinus ini akan disalirkan ke hidung. Keadaan ini menyebabkan selaput mukrosa pada hidung dan sinus membengkak, Yang  menghalang aliran keluar lendir.  Lendir yang tersumbat dalam rongga sinus ini mendedahkan sinus kepada  jangkitan dan menyebabkan kesakitan pada muka, penghasilan nanah dan bermacam2 lagi gejala resdung seperti di bawah. 


Tanda-Tanda Resdung 

Gejala atau tanda-tanda resdung termasuk sakit kepala, hidung tersumbat, dan keradangan sinus (rongga hidung).

Sakit: di belakang mata, telinga, muka, dahi, hidung dan rongga hidung
Batuk: batuk yang teruk dan berpanjangan
Hidung: tersumbat, gatal-gatal, hidung berair, hingus/cecair mengalir melaui tekak, atau bersin
Deria: kehilangan bau, Nafas berbau
Tidur: kesukaran tidur atau berdengkur
KepalaKulit kepala berkelumumur, gatal dan rambut gugur, Sering berasa sakit kepala, pening dan migrain
Seluruh badan: keletihan, demam, atau kelesuan
Tekak: kerengsaan atau kesakitan yang berpanjangan dan berulang
Muka: bengkak atau ketegangan, jerawat
Sesetengah orang mungkin juga mengalami: radang telinga, cepat marah, pernafasan berbau, berkahak, atau nanah


Rawatan Resdung Paling Selamat dan Berkesan



Di Al ansar Health, rawatan resdung yang diguna pakai adalah TERAPI BUANG LENDIR. ini kerana punca berlakunya tanda-tanda di atas adalah daripada lendir yang berada di dalam rongga sinus yang telah mengalami jangkitan. 

Apa yang perlu anda faham tentang resdung?

      Terapi resdung hanya untuk pemulihan luaran, kita juga perlu meneliti kenapa berlaku simpton spt gatal muka, gatal mata, kerap bersin, selsema berpanjangan, sakit kepala dan sebagainya.
      Ianya disebabkan tubuh kita berada dalam zon lemah atau sakit, atau sistem pertahanan tubuh telah lemah. Jadi yang terbaik kita kena kuatkan balik antibodi atau imuniti sistem tubuh supaya tubuh kita mampu bertahan jika berlaku keradangan, jangkitan, alahan atau perubahan cuaca. 

Rawatan Resdung Terbaik


      Perlu membuat terapi / rawatan untuk mengeluarkan lendir yang bermasalah dari rongga hidung.
      Amalkan supplement ( untuk bina kekuatan dalaman)
      Pewangi + pencuci telinga (untuk masalah telinga gatal dan hidung tersumbat)

SUPPLEMENT YANG DICADANGKAN SELEPAS TERAPI  RESDUNG


keterangan produk 

·         MANNA
·         SEMA
·         SEMALU
·         SIMPAAL
·         AURA SPRAY
·         JUS BILBERY
·         SABUN RESDUNG

Rawatan Tambahan TERAPI MATA PERCUMA 


Pengakuan ibu bapa anak yang mengalami resdung teruk dan anak yang telah lama menderita sakit mata !




Jom selesaikan masalah Resdung anda hari ini!!!
dapatkan Rawatan Buang Lendir Resdung di Al Ansar Health Cawangan Terengganu.
Beribu-ribu pelanggan telah berpuas hati dengan perkhidmatan kami.
Hubungi : Al Ansar Health Cawangan  TerengganuDataran Austin Wakaf Tembesusebelah Mydin Mall Gong BadakMasuk lorong Muaz dan Hari-Hari
Tel : 09 667 1650 / 019 934 6911


Friday, 25 September 2015

Tips Selepas Makan Daging

Alhamdulillah... tahun ini masih berkesempatan utk bersama-sama meraikan hari Raya Korban. Sudah tentu jemputan aqiqah, kenduri kahwin, malah masakan sendiri tidak terlepas dari membuat masakan berasaskan daging. 




Daging kambing maupun daging lembu merupakan sumber protein haiwan yang cukup baik. Protein daripada daging ini kita perlukan untuk pembentukan hormon, enzim, protein darah dan juga untuk mengganti dan memperbaiki sel yang rosak.

Namun, selain daging, kita juga makan organ dalamnya seperti hati, otak, paru, usus, limpa. Organ ini mengandungi purin yang boleh meningkatkan kadar asid urik kita. Ini yang akan menjadi masalah. Daging yang berasal dari kambing dan lembu memang banyak mengandungi lemak tepu yang boleh meningkatkan kadar kolesterol darah.

Selain itu, biasanya daging tersebut dibuat gulai dengan menggunakan santan dan kadar garam yang tinggi. Hal ini yang akan menjadi masalah buat sebahagian orang.

Kesan langsung boleh saja terjadi sembelit selepas makan daging yang berlebihan. Jika dimakan berlebihan menjelang tidur maka akan merangsang terjadinya gangguan tidur.

Organ dalaman dari kambing atau lembu selain meningkatkan kadar asid urik malah juga boleh meningkatkan kadar kadar asid urik darah kita. Oleh kerana itu juga jangan diambil secara berlebihan.


Oleh kerana itu bagi pesakit yang memang pesakit hipertensi (darah tinggi), kadar kolesterol darah tinggi (dislipidemia), kadar asid urik darahnya tinggi (hiperuresemia), gout, pesakit kencing manis dan kegemukan, harus sangat hati-hati dalam mengambil daging kambing atau lembu selama masa hari raya korban. Kerana, pengambilan daging yang berlebihan dalam masa singkat boleh memburukkan keadaan sakitnya.


Tips Selepas Makan Daging 


Ada beberapa tips agar kita terhindar daripada masalah kesihatan apabila memakan daging korban:
makan banyak sayur dan buah


1. Imbangi banyak makan buah dan sayur untuk mengurangkan kesan sampingan dari makan daging berlebihan.

2. Sebaiknya daging dipanggang atau dibuat sup berbanding dibuat gulai
Minum  Air Cypress Al Ansar
 Untuk Meneuralkan
Asid Urik dalam Badan. 

3. Makan daging kambing atau lembu jangan berlebihan dalam masa singkat.

4. Usahakan jangan makan daging selewat-lewatnya 2 jam sebelum tidur.

5. Kurangkan makan berlemak lain seperti pengambilan coklat dan keju selama sedang mengambil banyak makan daging.

6. Sebaiknya sehabis makan dengan daging kambing atau lembu tidak mengambil minuman berkalori tinggi seperti teh manis atau sirap.

7. Minum air  yang cukup 8-10 gelas sehari untuk mencegah sembelit.

8. Tetap melakukan senaman  ringan semasa Hari  Raya Korban. 

9. Minum Air Cypress Al Ansar segelas sehari untuk detox dan menuetralkan asid dalam tubuh. 

Untuk Sebarang Info dan Konsultansi hubungi :
Al Ansar Health Terengganu
Dataran Austin
Sebelah Mydin Mall Gong Badak,
(masuk melalui lorong Muaz dan hari2)

Tel : 09-667 1650 / 019 934 6911


Thursday, 24 September 2015

One Day Seminar on Natural Healthcare & Healing on Diabetes & Cardiovascular Diseases

SEMINAR KESIHATAN

Pada 2 Ogos 2015, satu seminar Diabetes Mellitus dan Penyakit Kardiovaskular telah diadakan di AK Center of Human Excellence, Kuala Lumpur, Malaysia. Program ini telah dianjurkan oleh Persatuan Pengamal Perubatan Asli (MANMP) dan disokong oleh Jabatan Penyelidikan & Kajian, AK Pharmacy & Naturopathy Center dan Al Ansar Health Sdn. Bhd.

Seminar ini telah diadakan bagi memberi kesedaran kepada orang awam tentang Penyakit kencing Manis dan penyakit kardiovaskular dan bagaimanakah  pencegahan dan penyembuhan penyakit ini secara semulajadi.

Peserta Termasuk Doktor

Pemimpin kursus dan tetamu kehormat bagi seminar ini adalah presiden Prof Dr Ananthan Krishnan daripada MANMP. Lebih daripada 60 orang telah menghadiri seminar ini dari bahagian yang berlainan di Malaysia dan di antara mereka terdapat beberapa orang doktor allopathic dan naturopaths, pengamal perubatan alternatif, jururawat, ahli terapi dan orang awam.
( Al Ansar Health menghantar wakil seramai 4 orang )

Dalam seminar itu Prof  Dr Ananthan Krishnan menyifatkan kelemahan sistem perubatan konvensional untuk mencegah dan menyembuhkan penyakit.  Beliau turut menyampaikan garis panduan dan protokol dalam pengurusan kencing manis selepas lebih daripada 10 tahun hasil penyelidikan mengenai perubatan semulajadi dan beliau turut melaporkan beberapa hasil kajian kes mengenai pesakit kencing manis yang telah sembuh dengan mengamalkan suplemen HAMNF.

Perubatan Semulajadi



Prof AK menerangkan perubatan alternatif semulajadi dan terapi integratif dalam menangani Masalah Kencing Manis.
Prof Dr Ananthan Krishnan menyebut bahawa manusia tidak boleh sembuh dan penyakit itu tidak boleh diuruskan dengan baik sekiranya kita hanya dengan memberi tumpuan kepada penyakit.
Beliau menambah bahawa perubatan allopathic konvensional hanya memberi tumpuan kepada penyakit dan bukannya penyembuhan manusia secara keseluruhan, dan itu adalah sebab kegagalan sistem ini dalam menangani pencegahan dan pengurusan penyakit Kencing Manis.


Dalam masa pelancaran, pameran kecil telah diadakan untuk membentangkan sebahagian daripada kajian yang dilakukan oleh Prof. AK dan pasukan penyelidikan, dan untuk memperkenalkan buku-buku yang penting mengenai perubatan alternatif dan semula jadi.

Mitos Tentang Kolestrol

Sesi ini telah diteruskan oleh gambaran keseluruhan mengenai penyakit kardiovaskular dan menyifatkan mitos tentang kolesterol dengan mendedahkan anggapan yang salah bahawa kolesterol menyebabkan penyakit jantung; dan mengkaji cerita kes pesakit jantung yang telah didengar oleh HAMNF dan pengenalan kepada proaktif dan forecaring penjagaan kesihatan untuk mencegah kelemahan dan penyakit oleh Prof. Dr. Ananthan Krishnan. Di akhir seminar Prof AK menjawab kepada semua soalan-soalan daripada para peserta.


Pada akhir sesi Dato Sri Santana Kumar memberi ucapan ringkas mengenai kemajuan dalam penyelidikan dan pembangunan ubat-ubatan alternatif semula jadi untuk Demam Denggi.

Creadit to : (rakan strategik Al Ansar Health Sdn, Bhd)
Jabatan Penyelidikan,
AK Pharmacy & Naturopathy Center

Monday, 21 September 2015

PENTINGNYA PERJALANAN DARAH YANG LANCAR

Untuk membolehkan badan kita berfungsi secara normal, setiap organ memerlukan darah kerana darahlah yang akan membawa zat makanan yang diperlukan oleh badan seperti oksigen, hormon, antibodi serta membawa keluar bahan buangan kotor (toksin) dalam badan. 
Lancarnya perjalanan darah maka makin sihatlah badan kita. Jika salah satu organ badan sakit, maka ia memerlukan perjalanan darah yang lancar untuk membantu menyembuhkan penyakit itu.

Pilihan rawatan yang boleh dibuat di AL ANSAR HEALTH untuk melancarkan perjalanan darah ialah :

rawatan dari segi luaran :

1. urutan
2. bekam
3. refleksologi

rawatan dari segi dalaman : 

Pengambilan ubatan yang betul dan selamat. Maksud betul di sini ialah ubatan atau supplement yang kita makan dapat membantu untuk proses pemulihan atau proses baik pulih masalah kesihatan yang kita alami. Bukan sekadar 'penahan/tahan sakit'.
antara supplement yang wajib diambil ialah :

BIO SPEKTRA MANNA PLUS ( MAL11060039TC) 

• Melaraskan imbangan biokimia dan fisiologi tubuh.
• Meningkatkan mutu serta kiraan sel darah merah.
• Melancarkan pengaliran darah dan membantu dalam memulihkan penglihatan.
• Mengoptimakan imuniti badan serta meningkatkan daya tahan badan (memperkasakan kesihatan).
• Melaraskan kadar kandungan dan perjalanan lemak dalam darah (lipo-protein), metabolisme karbohidrat dan metabolisme protin.
• Rawatan tambahan untuk penjagaan fungsi dan kesihatan buah pinggang.
• Mengurangkan asid urik dan asid-asid lain yang menyebabkan batu karang dalam hempedu dan buah pinggang.
• Memulihkan keadaan kurang darah (anemia) dalam badan disebabkan kekurangan zat besi.
• Anti-kuman mencegah demam selsema, demam denggi dan jangkitan virus dibawa oleh darah.
• Rawatan tambahan untuk demam daripada jangkitan virus dan bakteria.

BIO SPEKTRA MAS AKI (MAL05041851TC)

• Menambahkan tenaga dan kekuatan badan.
• Melancarkan perjalanan darah dan memulihkan kekuatan otot-otot.
• Memperbaiki dan meningkatkan metabolisme makanan yang diserap.
• Meningkatkan dan melaraskan metabolisme lemak (lipo-protein), karbohidrat (glukos) dan protin (asid amino) dalam badan.

MAS AYU GINKGO PLUS (MAL1239590142)

• Memulihkan dan melancarkan pengaliran darah ke seluruh badan.
• Memulihkan fungsi otak dan ingatan (memori).
• Membantu dalam memulihkan dan melancarkan pengaliran ‘impuls’ saraf.
• Membantu meningkatkan tenaga dan kekuatan alat kelamin lelaki.
• Membantu mengurangkan buasir.

BIO SPEKTRA QASEH (MAL1154399735)

• Produk berasaskan makanan yang mengandungi mikro-nutrisi yang berkeaktifan tinggi untuk memperkukuhkan kekuatan tenaga batin untuk lelaki dan wanita.
• Memulihkan fungsi dan kesihatan urat-saraf dan melancarkan pengaliran ‘impuls’ dalam badan.
• Membantu dalam pemulihan saluran darah dan pengaliran darah dalam badan.
• Menambahkan tenaga dan kekuatan badan dalam meningkatkan mutu perhubungan seks.

TESTIMONI

En.Jusoh Pesara Guru : sakit saraf, urat tegang di bahagian betis, pernah jatuh beberapa kali. 
kali pertama datang dalam keadaan sangat lemah dan bertongkat  
20/6 : ambil supplement utk tempoh 10 hari
29/6 : Buat Urutan saraf + suplement
30/8 : Buat refleksologi + suplement
Alhamdulillah.. sekarang datang sambung suplement dalam keadaan yang lebih sihat, tanpa tongkat, tak perlu dipapah lagi... 


---------------------------------------------------------------
 WHATSAPP/CALL/SMS >>>>> 019-9346911
Lokasi : PT 35403, Dataran Austin, Wakaf Tembesu
waktu Operasi : setiap hari 9 pagi hingga 7 ptg

AL ANSAR HEALTH . SOLUSI KESIHATAN ALTERNATIF

RAWATAN DEMAM DENGGI BERDARAH MENGGUNAKAN HIGHLY ACTIVE MICRO NUTRIENT




PENGURUSAN JANGKITAN DENGGI






  • Tidak ada terapi tertentu. Jangkitan denggi yang tidak rumit/kronik biasanya dapat diselesaikan secara spontan. 
  • Pesakit yang mengalami kompilasi yang mengancam nyawa perlu dirawat di hospital dengan rawatan sokongan
  • Penggantian cecair, pematauan cecair dan keseimbangan elektrolik sangatlah penting. Penyelesaian isotonik contohnya : 0.9%  saline/masin, Lactate Ringer atau penyelesaian Hartmann ini harus dilakukan.
  • Tanda-tanda yang menyebabkan seseorang perlu dimasukkan ke hospital adalah

      1. Pengambilan zat yang sedikit
  1. Perdarahan
  1. kelemahan dalam tahap berfikir
  1. Bukti makmal DHF
  1. Kehamilan
  1. Bayi
  1. Faktor usia
  1. obesiti dan kencing manis 






KAJIAN KES DEMAM DENGGI BERDARAH

*gambar sebenar pesakit tidak digunakan untuk melindungi privasi pesakit.

-15.04 : Dijangkiti Demam Denggi
-Dirujuk ke Pusat Kesihatan berhampiran
- 2 hari kemudian : keadaan beliau semakin teruk. 
- tidak lama slps itu beliau dimasukkan ke hospital. Dia mula mengalami pendarahan, plateletnya telah mencapai tahap HAMPIR SIFAR.
-dipindahkan ke ICU dengan segera-dia mengalami kegagalan buah pinggang akut dan dialisis tetapi masih tidak ada perubahan.
- keluarga amat sedih melihat keadaan beliau dan membawanya berjumpa dengan Prof AK pakar Naturopati.
 -Prof AK mendapati keadaan kanak2 tersebut sangat ktitis. daripada penjelasan prof AK, keluarga kanak2 tersebut telah bersetuju untuk mencuba perubatan alternatif, lagipun kaedah ini telah terbukti dapat menyembuhkan ramai pesakit serta tiada kesan sampingan.- Rawatan alternatif bermula dengan pengambilan produk berasaskan makanan HIGHLY ACTIVE MICRO NUTRIENT. 
- produk tersebut adalah MANNA PLUS, SIMPAAL & SEMALU.



- 2 hari kemudian beliau telah dipindahkan daripada ICU ke wad biasa.
21.05 : Program dialisis telah dihentikan
27.05 : Beliau telah dibenarkan pulang ke rumah. 


AL ANSAR HEALTH 
solusi kesihatan alternatif
TRG : 09-667 1650 /019-934 6911






Sunday, 20 September 2015

AIR CYPRESS AL ANSAR

[ TRANSFORMASI ]
Air BioCypress Extra telah di tingkatkan formula dan juga telah di beri nama baru iaitu AIR CYPRESS AL ANSAR.
Ujian makmal telah dibuat bagi menguji tahap mineral yang terkandung di dalam AIR CYPRESS AL ANSAR
Hasil daripada ujian makmal sangat memberangsangkan, insyaAllah jika diamalkan mampu untuk mencegah dan menangani penyakit2 yang sering di alami pada masa kini.
Antara kandungan mineral yang terdapat dalam AIR CYPRESS AL ANSAR ialah KALSIUM, KALIUM, NATRIUM, MAGNESIUM dan NILAI PH MELEBIHI 9.13

Bahan yang terkandung dalam AIR CYPRESS AL ANSAR ialah :
Ekstrak Daun Cypress, Amber Cypress, Garam Kristal Hunza, Air Zam-Zam, Air Tapis Beralkali, Bacaan Ayat Quran serta Ayat Syifa, dan Diperkaya dengan Tenaga Gelombang Aura.
Alhamdulillah ramai yang telah mendapat manfaat daripada AIR CYPRESS AL ANSAR sebagai salah satu usaha kita untuk mencegah dan merawat masalah kesihatan.
Antaranya : 
Gout, Kencing Manis, Buah Pinggang, Kanser, Darah Tinggi, Senggugut, Buasir, Strok, Tiriod, Batu Karang, Sakit Sendi, Sakit Kulit, Batuk, Asma, Penyakit Misteri, Ibu Mengandung, Pelajar, Ahli Sukan dan sebagainya.
AIR CYPRESS AL ANSAR sesuai diminum oleh semua lapisan masyarakat.

Boleh di dapati di semua cawangan Al Ansar Health Sdn Bhd seluruh negara.

Cawangan Terengganu :
Dataran Austin Wakaf Tembesu

landmark : sebelah Mydin Gong Badak (masuk lorong Muaz dan Hari-Hari)
09 667 1650 / 019 934 6911
Ejen : Sabasun 1 dan Sabasun 2

CARA MENINGKATKAN SISTEM IMUNITI ANAK ANDA


  • Produk berasaskan makanan yang mengandungi mikro-nutrisi (zat-zat) yang berkeaktifan tinggi dibuat daripada rempah-ratus, kekacang dan bijirin dicampur susu awal lembu (kolostrum) untuk meningkatkan antibodi (sel darah putih) dalam badan dan memperkukuhkan sistem imuniti (daya tahan) badan.
  • Membantu mempertahankan badan daripada jangkitan kuman dan penyakit. Membantu menyerang infeksi dan mencegah jangkitan.
  • Membaikpulih, memulihara dan memelihara sel-sel badan dan meningkatkan kesihatan badan.



Simpaal adalah susu pertama (kolustrum) yang mengandungi antibodi. Sebab itu susu ibu pertama perlu diberi kepada bayi. Sifatnya adalah untuk memperbaharui sel-sel, kulit dan menguat serta mengukuhkan sistem tubuh badan yang kompleks. Ini kerana di dalam tubuh kita.... kulit dan sel-sel darah billions yang  mati dan billions yang  hidup! 

Kita perlukan simpaal untuk daya tahan dalaman badan,  Awet muda dan otak yang kuat.. Oleh sebab itu mereka yang mengamalkan simpaal ni  alahan dia kurang… lepas tu disokong oleh Manna Plus, MANNA PLUS ini adalah komponen 'makanan darah'! Kalau darah tu cantik maka tubuh badan seseorang tu akan kuat...  kalau kanak2 lagilah mereka memerlukan MANNA PLUS dan SIMPAAL sebab mereka ni masih segar (dari segi tumbesaran)


Jadi untuk kanak2 yang mengalami alahan... selalu selsema... selalu demam.. pengidap asma dan sebagainya.....  apa yang kita boleh bantu adalah support balik system imun dia supaya antibodi semulajadi badan dapat melawan semua jangkitan dalam badan. 


selain SIMPAAL susu kambing dan madu juga perlu diminum setiap hari… kandungan susu kambing ni boleh menguatkan tulang… sbb protein dia halus.. jadi senang nak serap ke dalam darah… lemak globules pun halus… untuk tenaga otak dan kalsium yang tinggi… membina kumpulan sel darah merah yang kuat dan banyak lagi. Susu kambing jugak boleh membantu gastric. Pemangkin kepada pH yang rendah 6-4 atau  6-7 sesuai untuk rawatan gastric ulcers.




(sepatutnya cara makan telan bersama air... tapi sebab rasanya yang sedap budak2 suka kunyah terus je... rasa kacang soya + kunyit + kolustrum )

JOM DAPATKAN SUPLEMENT SEMULAJADI UNTUK ANAK ANDA
based on food
no chemical
kelulusan KKM

hubungi : 09-6671650 / 019 934 6911

Saturday, 19 September 2015

KELEBIHAN KACANG SOYA DAN KOLOSTRUM

MANFAAT KACANG SOYA

Menu diet sihat
Bagi anda yang sedang menjalani program diet, ada baiknya menggunakan menu olahan dari kacang soya atau soyanya. Kerana kacang soya tidak banyak mengandugi lemak, dan lemak yang terkandung pun adalah lemak sayuran yang tidak menyebabkan kenaikan berat badan pada badan anda.

Untuk pesakit diabetes
Kacang soya sangat disyorkan untuk para pesakit diabetes. Hal ini kerana kacang soya mampu mengurani jumlah gula darah dalam tubuh. Bagi anda yang menderita diabetes boleh mengambil makanan dari kacang soya seperti tempe, tahu ataupun minum susu soya, tentunya tanpa pemanis berlebihan yang boleh menyebabkan jumlah gula darah meningkat.

Mencegah osteoporosis
Dalam kacang soya terdapat vitamin A, vitamin B dan vitamin C yang sangat bagus untuk pertumbuhan anda. Sehingga mengambil kacang soya mampu menyihatkan tulang anda dan bahkan boleh mencegah keripos tulanag sejak awal.

Meremajakan kulit 
Salah satu manfaat kacang soya adalah meremajakan kulit. Hal ini dikarenakan dalam kacang soya terdapat kandungan antioksida yang membantu untuk mengangkat sel kulit mati dan menggantiya dengan sel kulit baru, sehingga kulit anda kelihatan kencang dan sihat, seperti yang dinyatakan dari beberapa ahli pemakanan yang mengatakan kacang soya bagus untuk kesihatan kulit.

Mencegah kanser
Bagi pesakit kanser, mengambil kacang soya adalah sebuah kemestian. Kerana dalam soya terdapat kandungan antioksida yang mampu menangkal radikal bebas penyebab kanser dan mempunyai zat isoflavon yang baik untuk pertahanan tubuh.

Menurunkan kadar kolesterol
Untuk menurunkan kadar kolesterol, anda boleh rutin mengambil kacang soya dalam menu makan anda. Kandungan vitamin E, protein da isoflavon memberikan pengaruh besar dalam menurunkan jumlah kolesterol. Walaupun soya hanya sejenis kacng-kacangan yang bentuknya pun sangat kecil, namun mempunyai kemampuan untuk menyihatkan tubuh khususnya menurunkan kadar kolesterol badan.

Mencegah darah rendah
Untuk pesakit tekanan darah rendah atau anemia, anda boleh mengambil soya untuk kembali menormalkan tekanan darah anda. Hal ini kerana dalam soya terdapat vitamin B12 yang mampu menangani tekanan darah rendah, hal ini sesuai dengan saranan yang disampaikan oleh  pakar pemakanan diberbagai forum.


CARA MUDAH PENGAMBILAN KACANG SOYA adalah dengan mengamalkan SIMPAAL  iaitu SUSU AWAL LEMBU (KOLOSTRUM) + KACANG SOYA + KUNYIT
sangat bagus utk meningkatkan daya tahan tubuh anda, menghasilkan sel-sel baru yang sihat dan banyak lagi manfaat yang diperoleh drpd SOYA,KOLUSTRUM dan KUNYIT. 

hubungi AL ANSAR HEALTH TRG : 019 934 6911

GEJALA JEREBU DAN CEGAH PENYAKIT AKIBAT JEREBU

Apakah jerebu?

Jerebu ialah satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel-partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-terapung di udara. Partikel-partikel ini mungkin berasal secara semula jadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia. Apabila partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ia boleh menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi. Oleh yang demikian keadaan ini mengurangkan jarak pandangan mata kasar.
Punca-Punca
Punca utama jerebu adalah akibat daripada:
1. Pembakaran secara terbuka
2. Asap dari kilang
3. Asap dari kenderaan
HINDARI DARIPADA PERBUATAN YANG BOLEH MENYEBABKAN JEREBU.
Indeks Pencemaran Udara (IPU)
IPU diperoleh daripada pengukuran habuk yang halus (10 mikron ke bawah) dan beberapa jenis gas yang boleh menjejaskan kesihatan iaitu karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. IPU digunakan sebagai panduan untuk mengetahui kualiti udara dan kesannya terhadap kesihatan seperti berikut:-
Nilai IPU Status
0-50 Baik
51-100 Sederhana
101-200 Tidak sihat
201-300 Sangat tidak sihat
301-500 Berbahaya

JEREBU MENGANCAM KESIHATAN ANDA
Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan yang buruk kepada semua orang terutama golongan yang berisiko tinggi iaitu :-
1. Kanak-Kanak
2. Orang tua
3. Mereka yang mengalami penyakit asma
4. Bronkitis
5. Radang paru-paru
6. Penyakit paru-paru yang kronik
7. Alahan
8. Jantung
9. Perokok
10. Mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah
Apakah Tanda dan Gejala Kesan Jerebu Kepada Kesihatan . Kesan-Kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah :
1. Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk
2. Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas.
3. Mata terasa pedih dan berair
4. Hidung berair dan kerap bersin
5. Kulit badan terasa gatal-gatal
6. Terasa sakit dada
Dapatkan rawatan dan nasihat doktor di klinik berhampiran sekiranya anda mempunyai tanda-tanda dan gejala berikut.
CEGAHLAH PENYAKIT AKIBAT JEREBU. IKUTLAH NASIHAT BERIKUT:-
1. Mereka yang mengalami penyakit –penyakit seperti berikut batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.
2. Mereka yang di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan.
3. Penutup hidung dan mulut (mask) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan juga mereka yang dikenal pasti sebagai kumpulan yang berisiko tinggi.
4. Sejauh yang boleh orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah.
5. Kurangkan aktiviti –aktiviti di luar rumah seperti sukan.
6. Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.
7. Gunakan kemudahan hawa dingin sekiranya menaiki kenderaan anda.
8. Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak (sekurang-kurangnya 8 gelas sehari)
9. Sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya, mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan keluar dari kawasan tersebut.
Sumber maklumat : Kementerian Kesihatan Malaysia

DAPATKAN SUPPLEMENT PENJAGAAN KESIHATAN DI AL ANSAR HEALTH
  • MANNA
  • SIMPAAL
  • SEMALU


Wanita dan Hormon

Wanita khususnya yang mencari suppelement untuk meningkatkan atau menyeimbangkan hormone estrogen dalam tubuh pun boleh dapat kat Al Ansar Health  . 
Hormone Estrogen ini sangat penting bagi wanita terutama dalam membantu untuk mengawal otak, jantung, & hati, ovary, faraj, payu dara, rahim dan jugak tulang.

Apabila kekurangan hormone estrogen atau berlaku ketidakseimbanagan dalam hormone pelbagai masalah kesihatan wanita akan muncul seperti :
    rawat masalah wanita
  • panas tiba-tiba
  • tidur terganggu
  • perasaan terganggu
  • haid tidak teratur
  • jangkitan saluran kencing
  • tak boleh kawal kencing
  • radang di dinding kemaluan
  • risiko tinggi sakit jantung
  • risiko tinggi reput tulang
  • kulit kering/kedut
  • perubahan di saluran pemakanan

Kebaikan / Kelebihan Rapi
  • mententeramkan perasaan, 
  • untuk kesihatan, tenaga serta kecantikan wanita, 
  • sindrom sebelum dan selepas putus haid, 
  • menghindari kulit dari menjadi kering, hitam, tua serta kendur spls putus haid,
  • menghindari kekeringan faraj serta kehilangan kehendak seksual
  • menegangkan payu dara
  • merangsang pengeluaran susu ibu, 
  • mengurangkan sakit kedatangan haid. 
  • Dan banyak lagi…
     

PROMOSI CUTI SEKOLAH



16 hingga 27 September 2015
✅Rawatan RESDUNG hanya RM25 sahaja (harga biasa rm50) bg remaja 17 tahun ke bawah dengan pembelian set pemulihan/tingkatkan imuniti badan bernilai rm150
✅Rawatan BEKAM hanya RM60 sahaja utk 12 cup (harga biasa RM120)
πŸŽ‰Waktu operasi : setiap hari 10 pg hingga 7 ptg
🎊CUTI AIDIL ADHA PADA 24 & 25 SEPT 2015
Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut,
Lot 35403, Dataran Austin,
Wakaf Tembesu,
21300 Kuala Terengganu,
πŸ“±019-934 6911
πŸ“ž09-6671650
(sebelah Mydin Mall Gong Badak ~ masuk lorong tudung Muaz)

Tuesday, 8 September 2015

Rawatan Yang Ada di Al Ansar Health


Assalamualaikum....
 Alhamdulillah.. masih diberi kesempatan untuk bernafas di bumi Allah yang Maha indah ini.... Alhamdulillah atas segala nikmat yang diberikan... 
Alhamdulillah...Alhamdulillah..
Alhamdulillah...

Hari ini saya nak berkongsi sedikit pengenalan tentang rawatan yang terdapat di PPK Al Ansar Health Terengganu...
Antara rawatan yang ada ialah : 


Resdung
Bekam
Urutan
Refleksologi

yang menariknya di PPK Al Ansar Health Terengganu ialah setiap rawatan juga disediakan supplement yang sesuai untuk masalah kesihatan yang dihadapi...

jangan bimbang ye.. semua supplement ada kelulusan KKM.. telah diguna pakai sejak 20 tahun lepas... bahan yang digunakan berasaskan bahan2 alami (bijih benih, rempah ratus, kekacang, bijirin) tinggi anti oksidan tinggi nutrisi... :-) :-)

ramai pengguna telah berpuas hati... kami sendiri pun mengamalkannya sejak setahun yang lalu... Alhamdulillah byk masalah kesihatan sebelum ni dah selesai... Alhamdulillah... 

yang nak datang senang je... mula cari Mydin Mall Gong Badak.... tepi2 tu ada shop lot kan... pastu Masuk ikut lorong tudung Muaz... kalu tak jumpa jugak +Waze  je... hihi dengan taip AL ANSAR HEALTH TERENGGANU... insyaAllah jumpa...

kalu line internet berat boleh call / wasup terus jelah  09-667 1650 / 019 934 6911... 

oh ya waktu operasi... buka setiap hari... ya setiap hari termasuk Jumaat, Sabtu dan Public Holiday... (kecuali Raya Puasa dan Raya Haji jelah... hehe)